lmk udh x mlayan entry t0k kn..ney x mun bz memanjang jak2..huhu
slamak x singgah ktk blog t0k mcm2 hal yg blaku lam life aku..
ada suka ada duka flat pn ada....
okay la..bbalit pd cerita tek kan kan..
coretan dr seorang lelaki...
jum la kita sam2 membaca nya..ngeeeee ;)
ketahuilah bahwa makhluk yg paling saya sayangi di atas dunia ini adalah PEREMPUAN.
percaya?..saya bukan nk main gula2 dsini tetapi saya serius menyatakannya..
mengapa?
jika yg lelaki bertanya saya mungkin memahami tetapi perempuan jika kamu yang bertanya maka saya kehairanan..
apakah kamu tidak tahu mengapa saya sayangi kamu?..adakah kamu tidak menyedari betapa istimewanya kamu?..
aku dari rahim seorang perempuan..
kalau difikirkan semula, tiada lelaki yg dlahirkan selain dari rahim ibu melainkan Nabi Adam AS.
perhatikanlah sultan, pemerintah, perdana menteri, lakasmana, tentera, pegawai, jurutera, doktor, genius..semuanya dilahirkan dari perut seorang perempuan.
saya dari rahim seorang perempuan juga..
tiada manusia dilahirkan hebat..mereka semua dilahirkan sebagai manusia biasa tetapi biasanya manusia2 hebat ini mempunyai ibu yang HEBAT di sisi mereka yg mendidik dan mberikan suasana kpd mereka semenjak kecil.
mengapa pula saya tdk menyayangi perempuan?..mengapa pula saya tdk mengambil berat terhadap mereka?..dari rahim mereka lahirnya pewaris masa hadapan!
sekiranya saya membiarkan perempuan rosak, dirosakkan, merosakkan diri mereka maka sama sahaja dgn saya membiarkan masa hadapan dunia hancur gelap kelam dan hitam.
jangan lupa..dari rahim perempuan juga lahirnya penderhaka, penjenayah, perogol, pencuri yg ingkar kpd Allah..pembohong dan banyak lagi manusia2 yg mencorakkan dunia dgn kehitaman..Hatta, Barrack Obama juga lahir dr perut seorang perempuan.
sekiranya perempuan yang menggendong masa hadapan dunia selama 9 bulan 9 hari ini rosak, di mana masa hadapan dunia???
mustahil saya tidak menyayangi perempuan..maka tiadalah harapan yg saya inginkan melainkan perempuan juga menyayangi diri mereka dan menjaga peribadi mereka daripada perkara yg Allah larang dan murka.
perempuan sayap kiri ku..
saya hendak berkahwin dengan siapa?..mustahil dgn lelaki..baik mcm mana pn saya dgn mereka mustahil saya akan berkahwin dgn mereka.
saya akan berkahwin dgn seorang perempuan.
mustahil saya tdk menyayangi kaum ini..yg menjadi isteri2 dan pendamping kpd lelaki..yg menjadi pengawal kpd segala rahsia seorang lelaki..yg menjadi guru kpd anak2 seorang lelaki..yg menjadi penenang dan penyejuk mata serta pendamai jiwa seorang lelaki..
kestabilan seorang perempuan menjamin kestabilan seorang lelaki!
"apabila saya bangun tidur dan melihat isteri saya di sebelah...saya akan merasakan keajaiban penciptaan Allah SWT"~ Pakcik Rosdi dan dia berkata dlm keadan tersenyum..hidupnya bahagia dgn ketenangan isterinya cikgu Maimunah.
maka mustahil saya hendak membiarkan perempuan rosak, dirosakkan atau merosakkan diri mereka sendiri kerana mereka adalah penjaga2 lelaki di satu sisi..
suami2 memerlukan isteri2 yg solehah, yg baik, yg taat kpd Allah dlm rangka hendak membangunkan ummah.
tdk dinafikan isteri2 juga memerlukan suami2 yg baik tetapi bukan sedikit lelaki yg berubah kerana cinta seorang perempuan..maka mengapa perempuan tdk mempersiapkan diri mereka lebih sedikit untk mengubah seorang lelaki dgn cinta?
masyaAllah~
saya amat menyayangi perempuan maka tiadalah harapan saya melainkan perempuan menyayangi diri mereka sendiri..
menjaga diri dari kerosakan, menjaga diri dari kemungkaran, mempersiapkan diri menjadi hamba Allah yg taat, buat apa yg dsur0h meninggalkan apa yg di larang.
maka amat menyedihkan saya jika...
bila sayang, akan datang ambil berat..semestinya demikian saya amat hairan kalau seseorang itu menyatakan sayang kepada si fulan: "aku sayang sangat dgn kau" kemudian dia melemparkan si fulan ke dlm api..mustahil itu adalah sayang.
maka kerana sayang itu jugalah saya akan terluka apabila melihat perempuan2 berkeliaran tanpa menutup aurat krn sayang itu jugalah saya akan tercedera apabila melihat perempuan2 tdk menjaga maruah mereka dan berpeleseran dgn lelaki tanpa segan silu..
kerana sayang itu juga lah saya akan terasa apabila melihat perempuan2 menayangkan akhlak buruk mereka..kerana sayang itu jugalah saya akan tercucuk dgn perempuan yg tiada rasa malu pd diri mereka.
kalau lah perempuan tahu bahwa mereka memegang nasib dunia, mereka bakal ibu dan isteri...ibu kpd anak dan isteri kpd suami..nyatakan kpd saya bagaimana mereka tdk memberikan kesan kpd dunia?..semestinya mereka ini memberikan kesan dan kesan yg diberikan olh kamu wahai perempuan, bukannya sedikit bahka besar!
sudah wujud di dalam sejarah, kerajaan hebat jatuh kerana seorang perempuan..
sudah wujud dalam sejarah, abid hebat jatuh kerana seorang perempuan..
sebab itu saya sangat menyayangi perempuan dan sering memikirkan mereka..
apakah perempuan2 meikirkan diri mereka sendiri??
PENUTUP:
jika sayang ini tdk berbalas tidak mengapa tetapi...
bukan tujuan saya menulis entry untk dsayangi perempuan tetapi tujuan saya menulis entry ini untk perempuan menyayangi diri mereka sendiri...
kalau lah kamu tahu betapa sejuk nya mata ini melihat perempuan2 yg berakhlak kalau lah kamu tahu betapa senang nya jiwa ini melihat perempuan yg pemalu...
kalau lah kamu tahu betapa seronoknya kalbu ini melihat perempuan2 yg menutup aurat..kalaulah kamu tahu betapa tenangnya diri ini melihat perempuan2 yg menjaga batas pergaulan.
wahai perempuan..tidak kah kamu memandang diri kamu berharga???
maka jangan murahkan..
siapkan diri mu untk menggoncang masa hadapan dengan keimanan dan ketaatan!
bukan dgn kehancuran dan kerosakkan...
finish sudah coretan seorang lelaki untk perempuan...
s0, renung2kan lh k n selamat beramal...hihihihi ;)