Blogger Layouts

hea ai hikari

Sunday, 5 February 2012

♥ ku pinta kau dalam mihrab cintaku ♥

jika diriku mencintaimu kerana ketampananmu
jangan salahkan aku kalau aku beralih
pada yang lebih tampan darimu.


jika diriku mencintaimu kerana hartamu
jangan salahkan aku kalau aku meninggalkanmu
bila hartamu mulai sirna pada pandanganku.


jika aku mencintaimu kerana kedudukanmu
jangan salahkan aku kalau aku memilih
yang lebih tinggi kedudukannya darimu.


wahai akhi pujaan kalbu
kiranya diriku mencintaimu kerana agamamu
janganlah risau serta ragu
InsyaAllah aku tetap akan menantimu
kiranya ini yang terbaik pada pandangan Rabbku.


memang ada yang lebih tampan darimu
memang ada yang lebih berharta darimu
memang ada yang lebih berkedudukan darimu
namun yakinlah semuanya pasti sirna ditelan waktu.


bagiku, engkau adalah ANUGERAH dari Penciptaku
kerana Dialah yang mencondongkan hati ini untuk menerimamu
Dialah yang Maha Tahu serta menentukan segala sesuatu
setelah isikharah namun tetap engkau yang dipertemukan denganku.


sabarlah menantikan waktu itu
kerana aku pun menanti sepertimu
walaupun banyak ujian menguji hatimu
namun yakinlah itu adalah untuk memantapkan hatimu
semua yang TERBAIK akan datang TEPAT WAKTU
sesuai KETENTUAN yang Maha Tahu
InsyaAllah pasti akan dimudahkanNya.


Ya Rabb .... Pemilik CINTA Sejati
jika cintaku Kau ciptakan untuk dia
Tabahkan hatinya, Teguhkan imannya
Tegarkan dan Temanilah dia dalam penantiannya.


jika hatiku Kau ciptakan untuk dia
Penuhi hatinya dengan kasih MU
kutitipkan cintaku pada MU untuknya
Resapkan rinduku pada rindunya
Mekarkan cintaku bersama cintanya
Satukanlah hidupku dan hidupnya Dalam cinta MU
AMIN ya Rabb !!!